Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pemilihan Akademik Global

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pendidikan Itu Pilihan

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Akademik Berasaskan Kerjaya

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pendidikan Melestari Kehidupan Bekerjaya.

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pendidikan Mengubah Stigma

Thursday, May 16, 2013

Contoh Soalan Objektif

1. Ras merujuk kepada
A. sekelompok manusia dengan budaya yang sama.
B. hubungan yang erat dan wujud perasaan untuk hidup bersama.
C. penyatuan masyarakat dengan mengekalkan identiti masing-masing.
D. klasifikasi manusia berdasarkan warisan biologi yang membezakan dengan kelompok lain.


2. Selama lebih kurang 446 tahun, Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa imperialis. Berikut adalah kuasa imperialis yang pernah menjajah Tanah Melayu KECUALI
A. Jepun.
B. Inggeris.
C. Portugis.
D. Sepanyol.




3. Berikut adalah ciri-ciri penjajahan imperialis ke atas Tanah Melayu. Yang manakah ciri yang membezakan kedatangan Jepun dengan penjajah lain.
A. Ingin menguasai laluan perdagangan.
B. Menggunakan propaganda ”Asia untuk orang Asia”.
C. Berjaya kerana kelemahan dalaman di Tanah Melayu.
D. Memenuhi keperluan dasar perluasan kuasa pemerintah.


4. Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Pandak Indut merupakan tokoh yang menentang British di negeri Perak. Penentangan tokoh-tokoh ini boleh dikategorikan sebagai perjuangan
A. berdarah.
B. melalui persatuan.
C. melalui diplomasi.
D. semangat kebangsaan.


5. Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Dato’ Onn Jaafar dan orang Melayu menentang Malayan Union?
I Prinsip jus soli.
II Pembahagian pendapatan.
III Hak istimewa orang Melayu.
IV Kuasa dan kedudukan Sultan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C I, III dan IV
D. II, III dan IV


6. Suruhanjaya yang terbabit dalam meninjau pendapat masyarakat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia adalah Suruhanjaya
A. Reid.
B. Edward.
C. Cobbold.
D. Swettenham.


7. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara. Berikut adalah peruntukan istimewa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan KECUALI
A. Islam merupakan agama rasmi persekutuan.
B. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
C. Rakyat berhak mendapat pendidikan.
D. Hak keistimewaan orang Melayu.




8. Apakah taraf yang boleh dimiliki Izhar seorang warganegara Indonesia sekiranya bermastautin di Malaysia melebihi 10 tahun?
A. Ex-Patriat
B. Warganegara
C. Pemastautin Tetap
D. Bukan Warganegara


9. Patma berumur 30 tahun dan telah dilantik menjadi ahli di dalam Parlimen walaupun tidak bertanding semasa Pilihanraya Umum. Apakah gelaran khas untuk Patma berdasarkan keahliannya?
A. Yang Berhormat
B. Datuk Sri
C Senator
D. Dato’


10. Dasar-dasar kerajaan Persekutuan yang telah diwartakan telah melalui beberapa peringkat. Berikut adalah senarai komponen untuk setiap peringkat tersebut.
I Dewan Rakyat
II Dewan Negara
III Yang di-Pertuan Agong
IV Dewan Undangan Negeri

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


11. Yang manakah antara pernyataan berikut TIDAK menerangkan tentang Kabinet pada peringkat Persekutuan.
A. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
B. Secara dasar dipilih oleh Perdana Menteri.
C. Setiap Menteri akan memegang satu portfolio.
D. Sekiranya berkhidmat sebagai ADUN, tidak perlu meletak jawatan.




Membuat dasar kerajaan

12. Pernyataan di atas merujuk kepada Badan
A. Legislatif
B. Eksekutif
C. Kehakiman
D. Suruhanjaya


13. Yang manakah antara berikut merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
A. Pembersihan Longkang
B. Perumahan Awam
C. Pusat Kesihatan
D. Zoo


14. Jenis Kerajaan Tempatan di atas diketuai oleh
A. Datuk Bandar.
B. Penghulu Wilayah.
C. Yang Dipertua Majlis.
D. Yang Dipertua Negeri.


.

15. Tujuan utama Dasar Ekonomi Baru adalah untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. Apakah peristiwa yang menjadi faktor utama DEB diperkenalkan?
A. Penubuhan Parti Perikatan pada tahun 1955
B. Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negeri
C. Pertelingkahan pemimpin politik
D. Peristiwa 13 Mei 1969


16. Dasar Ekonomi Negara yang telah dilaksanakan termasuklah Dasar
I Ekonomi Baru.
II Wawasan Negara.
III Berpendapatan Tinggi.
IV Pembangunan Nasional.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


17. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara merupakan prinsip utama bagi Dasar
A. Belia Negara.
B. Wawasan Negara.
C. Pendidikan Nasional.
D. Kebudayaan Kebangsaan.


18. Dasar Kebudayaan antara lain bertujuan memupuk integrasi pelbagai kaum melalui pemahaman budaya yang pelbagai. Apakah strategi yang digunakan di dalam mencapai hasrat tersebut?
A. Menyatukan semua adat
B. Menyediakan pelbagai hiburan
C. Meninggikan taraf ilmu kesenian
D. Meneruskan budaya negatif meski bertentengan dengan sahsiah


19. Wawasan 2020 merupakan perancangan untuk Negara mencapai kemajuan yang diharapkan. Apakah ciri utama yang membezakannya dengan kemajuan dalam konteks Barat?
I Masyarakat bersatu padu
II Perkembangan ekonomi
III Pembangunan insaniah
IV Budaya penyayang

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


20. Antara berikut, yang manakah BUKAN ahli pertubuhan OIC?
A. Malaysia
B. Indonesia
C. Arab Saudi
D. Ivory Coast