Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pemilihan Akademik Global

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pendidikan Itu Pilihan

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Akademik Berasaskan Kerjaya

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pendidikan Melestari Kehidupan Bekerjaya.

Tentukan Halatuju Akademik Anda

Pendidikan Mengubah Stigma

Sunday, May 5, 2019

Panduan Semakan Permohonan UPU Untuk Sesi 2019/2020

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar yang telah mengisi borang Permohonan UPU 2019/2020, kini anda boleh mula menyemak keputusan kemasukan ke UA/IPTA/ILKA/Politeknik


Panduan buat pemohon Universiti Awam dan Politeknik serta Kolej Komuniti/ ILKA bagi sesi akademik 2019/2020 yang gagal mendapat tawaran pertama dan telah membuat permohonan rayuan. Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan rayuan UPU buat pemohon lepasan SPM dan STPM.

Sila masukkan nombor kad pengenalan anda untuk memeriksa permohonan upu anda diterima atau sebaliknya. Jika tidak bernasib baik boleh buat rayuan seperti keterangan diberikan.


Tarikh Penting Permohonan Dan Keputusan Rayuan UPU 2019

  1. Permohonan rayuan Lepasan SPM/ Setaraf : 5 Mei 2019
  2. Semakan Keputusan Rayuan SPM/ Setaraf : Minggu kelima Jun 2019
  3. Permohonan rayuan lepasan STPM/ Setaraf : Minggu kelima Julai 2019
  4. Keputusan rayuan STPM/Setaraf : Fasa 1 : Minggu kelima Ogos 2019 & Fasa 2 : Minggu ketiga September 2019

Rayuan UPU online boleh dilakukan dengan cara melayari laman http://upu.moe.gov.my/web/ dan masukkan nombor kat pengenalan anda.




Cara Semak Keputusan Rayuan UPU Sesi 2019/2020 Online

Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak secara online dan melalui SMS :-


A. Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online

  1. Pemohon perlu melayari Portal Rasmi UPU melalui pautan https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/
  2. Selain sistem online UPU, anda boleh layari saluran alternatif di laman web universiti-universiti tempatan melalui pautan seperti berikut ;


UMS : http://jpt.ums.edu.my
UNIMAS : https://jpt.unimas.my
UTM : https://intake.utm.my/semakan/
UUM : http://jpt.uum.edu.my

Bagi pemohon yang berjaya, anda perlu membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Portal Rasmi UA/ IPTA pada tarikh yang telah ditetapkan.

Nota : sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan 
UPU diumumkan.
Semakan Keputusan UPU 2019 Melalui SMS Universiti Awam dan Politeknik Premier
  1. Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888