Monday, August 27, 2018

7 Faktor Kebimbangan Anak Sabah & Sarawak Sambung Belajar di Semenanjung




































Bagi  setiap pelajar-pelajar yang ingin melanjurkan pelajaran ke IPTA mahupun IPTS, terutama dalam kalangan anak Sabah dan Sarawak, sudah tentu pelbagai persoalan dan pergumulan yang sedang timbul di fikiran anda.

1.) Kewangan

Majoriti pelajar  tentu risau dengan kewangan untuk sambung belajar. Tempoh pengajian 3 hingga 4 tahun, maka sejumlah wang diperlukan untuk membayar yuran pengajian jika sekiranya tidak memohon sebarang bantuan pembiayaan pendidikan seperti PTPTN, MARA atau sebagainya, mereka akan menanggung kos makan dan minum dan juga kediaman mereka sepanjang tempoh tersebut.

Jangan pula disebebkan kerana masalah kewangan anda lepaskan peluang baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana terdapat pelbagai saluran bantuan kewangan dan biasiswa yang boleh mengatasi masalah tersebut.

Contoh, PTPTN adalah alternatif yang banyak menyokong pengajian mereka yang tidak mendapat biasiswa, tidak terkecuali juga anak Sabah dan Sarawak. Selain itu PTPTN juga selalu ada memberi wang pendahulu kepada yang memerlukan bagi menampung kos pengangkutan ke kampus.

Baca juga : Tawaran Biasiswa Pelajar-pelajar baru

Pada kebiasaannya bila disebut berkenaan tentang PTPTN kebanyakkan pelajar memikir dua kali samada terima tawaran tersebut ataupun tidak, anda perlu ketahui PTPTN bukan salah beban sebenarnya jika mereka belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan pekerjaan yang setimpalnya selepas menenamatkan pengajian kemudian hari.

Selain itu, entiti seperti Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak yang dinaungi oleh kerajaan negeri turut menawarkan pelbagai pinjaman dan biasiswa kepada pelajar dari kedua-dua negeri.

2.) Tidak tahu bagaimana cara ke universiti dan sebagainya

Tiap universiti ada persatuan pelajar anak Sarawak atau anak Sabah, dan mereka amat aktif menjaga kebajikan serta membantu menguruskan pendaftaran pelajar baru khususnya dalam kalangan anak Sabah dan Sarawak. Contohnya, di UPSI ada :

  • Jalinan Anak Sarawak UPSI
  • Ikatan Bersepadu Anak Jati Sabah UPSI

Begitu juga dengan universiti lain di Semenanjung, masing-masing ada persatuan anak negeri tersendiri. Boleh buat carian di Facebook dan berhubunglah dengan mereka.

Di samping itu, pihak universiti selalunya akan ada sediakan pengangkutan dan pasukan pelajar yang akan menanti ketibaan anda di lapangan terbang. Apa yang anda perlu lakukan adalah berhubung dengan pihak universiti untuk ambil tahu tentang jadual perjalanan atau sambutan di lapangan terbang nanti.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
                   Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

3.) Tempat Tinggal Kediaman di Universiti/Kolej

Bagi pelajar kemasukkan baru atau tahun 1 pengajian di universiti, selalunya akan mendapat penempatan atau penginapan di kolej yang terletak di sekitar kampus. Perkara ini selalunya akan dinyatakan sekali dalam surat tawaran pengajian anda.

Penginapan bagi pengajian tahun 1 anda tidaklah menjadi masalah, selain yuran yang agak murah berbanding menyewa bilik atau rumah di luar kampus.

Ada juga Universiti ataupun Kolej yang menyediakan penempatan kediaman untuk sepanjang pengajian tetapi tertakluk keapda terma dan syarat pihak IPT tawarkan.

4.) Pendaftaran Pengajian

Sila ambil peduli dengan tarikh pendaftaran yang dicatat dalam surat tawaran. Hadir dan lapor diri mengikut tarikh yang ditetapkan kerana pada minggu pertama selalunya adalah minggu orientasi.

Jika sekiranya anda tidak dapat hadir ketemuduga sila beritahu pihak berkenaan utntuk mengelakkan nama anda tersenarai daripada blacklist dimana Universiti mahupun Kolej.

Pada kebiasaanya sepanjang 1 minggu itu, anda bukan saja dapat mengenali rakan senior, persekitaran kolej dan kampus atau fakulti tempat anda akan mengikuti kuliah, namun, minggu orientasi ini juga adalah ruang yang disediakan bagi mempermudahkan lagi proses pendaftaran pengajian anda dibawah bantuan mentor atau pembantu mahasiswa yang terdiri daripada mahasiswa atau mahasiswi yang lebih senior.

5.) Pekerjaan selepas Bergelar Graduan

Ada juga segelintir yang mungkin risau akan pekerjaan lepas bergraduasi nanti kerana bidang kursus yang akan diikuti kerana setiap kos yang anda ditawarkan atau anda yang pilih sendiri pasti ada susahnya untuk memperolehi sebarang pekerjaan bergantung kepada diaman anda memohon kemudian hari.

Untuk peringatan awal, pemilihan kos adalah faktor yang paling penting kerana iainya adalah suatu kerjaya anda di kemudian hari, pilihlah kos apa yang anda minati dan boleh menjaminkan pekerjaan selepas anda menenamatkan pengajian anda di universiti ataupun di peringkat kolej.

Sekiranya anda mempunyai beberapa tawaran atau pilihan untuk lanjutkan pengajian, maka tidak menjadi masalah untuk anda menimbangkan kursus apa yang lebih anda minati dan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah pada masa akan datang.

Tapi buat yang hanya terima 1 tawaran dan tidak ada pilihan, rasanya tidaklah perlu terlalu risau tentang pekerjaan buat masa ini. Mulakan dahulu pengajian dan sepanjang beberapa tahun itu nanti mula kenal pasti potensi diri dan rancang serta kejar kerjaya yang anda mahukan.

Ramai dalam kalangan graduan hari ini berjaya dalam kerjaya masing-masing sungguhpun dari latar belakang pendidikan (Ijazah) yang berlainan dengan apa yang mereka tuntut ketika di universiti.

Sekiranya anda atau ahli keluarga atau kenalan anda ada apa-apa persoalan atau masalah lain, sila tinggalkan di ruangan komen. Mungkin ada senior-senior atau pihak lain dapat memberi nasihat dan cadangan yang lebih baik bagi mengatasi masalah tersebut.

Baca juga : Halatuju Lepasan SPM & STPM

6. Pastikan Sijil Diploma/Ijazah adalah diiktirafkan oleh MQA

Khas keapda pelajar yang baru menerima sebarang tawaran daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi, sila pastikan sijil yang ditawarkan adalah diiktirafkan oleh kerajaan sepenuh agar anda mudah untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

Kebiasaanya, pelajar-pelajar tidak memandang serius dalam hal ini kerana salah satu faktornya mereka belum mengetahui tentang MQA atau sebagainya, disarankan keapda semua pelajar sila buat research dahulu jika tawaran belajar tersebut datangnya dari Institusi bukan kerajaan sepenuhnya.

7.) Maklumat Palsu diberikan semasa sesi temuduga

Apa yang dilihat dari tahun ke tahun kebanyakkan pelajar yang datangnya dari jauh khususnya pelajar-pelajar dari Borneo menjadi mangsa penipuan para ejen pendaftaran ataupun pegawai pendaftar semasa dalam sesi temuduga yang dijalankan. Contohnya, kebanyakkan pelajar-pelajar Sabahan ataupu Sarawakian berhenti separuh jalan tanpa menghabiskan pengajian mereka disana biasanya disebabkan seperti maklumat yang disampaikan tidak sama seperti mana mereka diberitahu semasa semasa sesi pendaftaran temuduga.

Semoga perkongisian artikel ini boleh memberi manfaat kepada anda khususnya yang baru ingin memulakan pengajian selepas tamat dibangku sekolah.








0 comments:

Post a Comment