Kursus ini memenuhi keperluan pelajar dengan pemahaman yang meluas tentang aspek operasi didalam bidang kulinari yang mana menekankan kepada kemahiran dan teori.
Pelajar juga akan mempelajari dari aspek membeli, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan sanitasi, pembangunan sumber manusia, organisasi dan penyelenggaraan dapur yang mana akan menyediakan pelajar dengan asas kepeluan alam kerjaya didalam bidang hospitaliti serta mengikut perkembangan semasa industri hospitaliti
Apakah itu Seni Kulinari?
Seni Kulinari adalah satu bidang kemahiran yang dipelajari iaitu menguruskan operasi dapur, perniagaan katering, mempelajari kemahiran asas masakan sama ada masakan
tempatan dan antarabangsa.
Apakah Manfaat Mengambil Kursus dalam Seni Kulinari?
Pelajar juga akan mempelajari dari aspek membeli, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan sanitasi, pembangunan sumber manusia, organisasi dan penyelenggaraan dapur yang mana akan menyediakan pelajar dengan asas keperluan
alam kerjaya didalam bidang hospitaliti serta mengikut perkembangan semasa industri hospitaliti.
Apa Jenis Peningkatan Kerjaya Anda Boleh Harapkan dengan Kursus dalam Seni Kulinari?
Peluang Pekerjaan Seperti:
- Pembantu dan tukang masak di hotel, resort,
- Industri kapal persiaran, restoran, hospital, asrama,
- Katering penerbangan
- Chef penyelidikan dan pembangunan
- Pengkritik, wartawan atau penulis makanan,
- pakar perunding dalam pembuatan dan pengeluaran makanan
- Pengeluaran pelbagai jenis makanan
- Pengurus dan pengawal dalam pengurusan makanan dan minuman (F&B)
- Meraih kerjaya sebagai jurujual atau perunding makanan
Apakah syarat-syarat untuk Kursus dalam Seni Kulinari?
Syarat paling minimum untuk melanjutkan ke peringkat Diploma sekurang kurangnya pelajar wajib memperolehi 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Bahasa Melayu dan juga Sejarah (SPM), seperti yang sudah tetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
0 comments:
Post a Comment