Tuesday, February 26, 2019

Bantuan Tunai RM100 Diberikan kepada Pelajar IPTA/IPTS





















Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) akan memberi bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT melaui Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Wang bantuan berkenaan akan disalurkan pada penghujung Mac 2019 nanti.



Kepada yang tertanya bagaimana pihak MOF akan menyalurkan wang berkenaan, jangan risau wang tersebut akan terus dikreditkan ke akaun Bank Rakyat yang digunakan semasa anda menerima bantuan RM250 baucer buku terdahulu. 

 Bantuan Tunai RM100 Untuk Pelajar IPTA/IPTS

Keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM120 juta dan 1.2 juta pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS akan menerima bantuan ini. Bagi kriteria kelayakan pula, ianya akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan kelak. Kami juga akan mengemaskini berita ini sebaik sahaja pihak KPM menghebahkan kelayakan penerima BPPT.

Sila klik link dibawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.


Semoga perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment