Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi.
Anda dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.biasiswa.sabah.gov.my
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) merupakan biasiswa yang dikhaskan kepada anak-anak bumiputera Sabah yang menaljutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dalam diploma mahupun ijazah. Setiap tahun permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka.
Sehingga kini kerajaan Sabah masih lagi komited menyediakan kemudahan biasiswa ini kepada anak-anak Sabah yang berkelayakan. Inisiatif ini patut dipuji kerana biasiswa dapat membantu pelajar dalam meringankan beban dari segi kewangan.
Dan perlu diingat juga, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini bukan sahaja untuk rakyat Sabah, bahkan untuk rakyat Wilayah Persekutuan Labuan. Sama ada salah seorang ibu atau bapa warga Sabah dan Wilayah Persekutan Labuan juga boleh memohon biasiswa ini.
Setiap tahun permohonan ini dibuka pada sekitar bulan April. Maka, anda perlulah peka untuk mengetahui tarikh permohonan ini bagi mengelakkan anda terlepas dari membuat permohonan.
Syarat Kelayakan Umum & Akademik Permohonan BKNS 2019
1. Had Umur
● Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
● Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
2. Kelayakan Akademik
i. Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
ii. Kursus Sarjana Muda
● Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
● Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
● Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
iii. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
● Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
● Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
BIDANG PENGAJIAN
Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
|
Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
|
● Juruukur
● Pertanian ● Jurukur Bahan ● Perakaunan ● Kejuruteraan ● Sains Tulen ● Kesihatan ● Perusahaan Ternak ● Seni Bina (Architecture) ● Pengurusan Hartanah ● Teknologi Maklumat |
● Akuakultur
● Perikanan
● Ekonomi
● Pertanian
● Farmasi
● Perubatan
● Juru Ukur Bahan
● Perhutanan
● Kejuruteraan
● Perubatan Veterinar
● Komunikasi
● Psikologi
● Matematik
● Sains Alam Sekitar
● Sains Biologi Marin
● Pelancongan dan Hospitaliti
● Sains Bioteknologi
● Pendidikan
● Sains dan Teknologi Makanan
● Pengajian Islam
● Sains Komputer
● Perakaunan
● Undang-Undang
● Pergigian
|
Berikut adalah butir mengenai permohonan ini:Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2019.
JENIS PERMOHONAN:
PERMOHONAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH 2018
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA: APRIL 2019
TARIKH PERMOHONAN DITUTUP: 27 APRIL 2019
LINK PERMOHONAN: MOHON SINI
0 comments:
Post a Comment