KOLEJ KOMUNITI TAWAU

 




1.) SIJIL KULINARI 


Sijil Kulinari 
adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam Kulinari.Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  • Amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja.
  • Pengenalan kepada bahan, alat, dan pengurusan tempat kerja (dapur).
  • Melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri.
  • Menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap.
  • Proses penyediaan, menghias dan menghidang.
  • Proses perlaksanaan kerja secara individu dan berkumpulan.



Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kulinari yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang hotel dan katering. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut sebagai:

  • Chef sebagai profession - Jurumasak di kebanyakan hotel dan Resort dalam dan luar negara
  • Jurumasak, Penyelia Dapur, Pembantu Dapur di
  • Kafeteria
  • Hospital kerajaan dan swasta
  • Kediaman Kenamaan
  • Syarikat penerbangan, Perkapalan dan Pelantar Minyak
  • Speciality Restaurant dan Fast-food Restaurant
  • Chef Selebriti dan Pengacara Masakan.
  • Tenaga Pengajar Jemputan di institusi pengajian seperti Giat Mara, kolej-kolej swasta dan lain-lain.
  • Membuka Perniagaan Sendiri / Ahli Perniagaan



2.) SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN



Program Servis Kenderaan Ringan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. 

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:


  • Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
  • Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
  • Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
  • Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran menyelenggara kenderaan ringan untuk diimplimentasikan dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:


  • Mekanik
  • Juruteknik servis kenderaan
  • Penasihat servis (Service Advisor)
  • Pengusaha bengkel servis
  • Pengusaha bengkel tayar
  • Pengusaha bengkel elektrik automotif
  • Pengusaha kedai aksesori automotif



3.) SIJIL SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN


Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi komputer dan rangkaian yang terkini. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan komputer dan rangkaian. Program ini menawarkan modul teras Asas Pengaturcaraan, Asas Sistem Digit, Asas Elektrik dan Elektronik, Senibina Komputer, Asas Komunikasi dan Rangkaian, Pengenalan Pembangunan Laman Web, Sistem Pengoperasian Komputer, Pengenalan Pangkalan Data, Teknologi Rangkaian, Keselamatan Komputer, Pentadbiran Rangkaian, Baikpulih dan Penyenggaraan Komputer dan Pentadbiran Server. 

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian.


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang rangkaian komputer yang mana boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang industri ICT. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:


  • Juruteknik Komputer
  • Juruteknik Rangkaian
  • Pembantu Teknikal
  • Pembantu Khidmat Pelanggan (Help Desk)
  • Usahawan dalam bidang ICT


4.) SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK



Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.


Terdapat 4 modul bagi program iaitu :
  • Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, 
  • Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan  
  • Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut:


  • Juruelektrik
  • Juruteknik Elektrik
  • Penolong Penyelia Elektrik
  • Usahawan



Syarat Kelayakan Kemasukan :

  • Lepasan SPM
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali



Untuk memohon kemasukan ke Kolej Komuniti Tawau sila klik link dibawah :



KOLEJ KOMUNITI TAWAU
BATU 4, JLN APAS, PERDANA SQUARE COMMERCIAL CENTRE (PETI SURAT 61607)
91000 TAWAU
SABAH
089-913400
https://kktawau.mypolycc.edu.my/


0 comments:

Post a Comment