Friday, August 17, 2018

Dimanakah Halatuju Lepasan SPM & STPM Selepas Tamat Pengajian Di Peringkat Sekolah? Sila Baca !





Hampir 443,833 Calon SPM akan menerima keputusan masing-masing pada bulan mac minggu kedua nanti, pilihan-pilihan Institusi Pengajian Tinggi seperti IPTA, IPTS menjadi penentu mereka sebagai destinasi seterusnya selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah dahulu.

UNIVERSITI (IPTA)
Universiti ialah destinasi puncak bagi semua pelajar. Namun tidak semua pelajar layak masuk ke universiti. Pelajar yang berjaya masuk ke universiti selepas SPM ialah pelajar yang cemerlang. Lepasan SPM memohon kemasukan ke universiti melalui UPU.





Memang tidak boleh nafikan setiap yang begelar pelajar lepasan SPM dan STPM mengimpikan agar dapat memasuki ke Institusi sepenuhnya kerajaan kerana banyak faedah yang pelajar boleh perolehi dari segi kos pembiayaan dan juga sebagainya, setiap yang bagus pasti ada syaratnya yang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


KOLEJ SWASTA (IPTS)
Ada beratus kolej swasta di Malaysia sekarang. Hampir setiap hari ada iklan kolej swasta di akhbar-akhbar. Kolej menawarkan program sijil dan diploma. Ada kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA lain di Malaysia.



Misalnya Kolej Cosmopoint adalah institusi yang bertaraf 5 bintang adalah dibawah EKUINAS SDN BERHAD, dan institusi-institusi yang lain di Malaysia ini. Walaupun masa belajar adalah lebih panjang (hampir 3 tahun, berbanding hanya dua tahun di matrikulasi atau Tingkatan 6) namun pemegang diploma mempunyai lebih peluang pekerjaan. Dari segi yang lain, pemegang diploma menimba lebih banyak ilmu dari pelajar matrikulasi atau Tingkatan 6. Tambahan pula, berbeza dengan pengajian di matrikulasi atau Tingkatan 6, bidang yang diambil di peringkat diploma adalah lebih menepati keperluan industri dalam dunia perkerjaan


STPM (TINGKATAN 6)
Peringkat STPM adalah jalan shortcut ke peringkat Ijazah selepas menamatkan pengajian disekolah Menengah dahalu, ada baik buruknya jika seseorang menyambung belajar ke tingkatan enam ataupun tidak, itu persoalannya. jika anda bercita-cita untuk menjadi pendidikan wajarlah kita mengambil STPM dan selepas itu masuk ke UPSI ataupun bahagian Maktab Perguruan.

Tingkatan 6 adalah pilihan terakhir kepada lepasan SPM selepas tidak mendapat tempat di UPU ataupun menolak daripada mana-mana tawaran lain.


KOLEJ MATRIKULASI (ASASI)
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.



Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


POLITEKNIK
Politeknik menawarkan program teknikal dan latihan untuk peringkat sijil atau diploma. Difahamkan ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti.



Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama dengan SPM cuma gaji permulaan lebih sikit. Diploma sama dengan STPM, tapi gaji permulaan lebih sikit.


Laman Semakan :
Semakan Keputusan SPM 2017 
Semak Keputusan Tawaran Kolej Matrikulasi
Semakan Keputusan Permohonan UPU
Semakan Kemasukan Tingkatan 6
Permohonan Kemasukan Cosmopoint College

0 comments:

Post a Comment