Friday, August 17, 2018

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) merupakan biasiswa yang dikhaskan kepada anak-anak bumiputera Sabah yang menaljutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dalam diploma mahupun ijazah. Setiap tahun permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka.


Sehingga kini kerajaan Sabah masih lagi komited menyediakan kemudahan biasiswa ini kepada anak-anak Sabah yang berkelayakan. Inisiatif ini patut dipuji kerana biasiswa dapat membantu pelajar dalam meringankan beban dari segi kewangan.

Dan perlu diingat juga, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini bukan sahaja untuk rakyat Sabah, bahkan untuk rakyat Wilayah Persekutuan Labuan. Sama ada salah seorang ibu atau bapa warga Sabah dan Wilayah Persekutan Labuan juga boleh memohon biasiswa ini.

Setiap tahun permohonan ini dibuka pada sekitar bulan April. Maka, anda perlulah peka untuk mengetahui tarikh permohonan ini bagi mengelakkan anda terlepas dari membuat permohonan.
Berikut adalah butir mengenai permohonan ini:Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018.

JENIS PERMOHONAN: 

PERMOHONAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH 2018

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA: APRIL 2018/2019

TARIKH PERMOHONAN DITUTUP: AKAN DIKEMASKINI

LINK PERMOHONAN: MOHON SINI

0 comments:

Post a Comment